“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah Ayat 216

~ Sesungguhnya Allah tidak pernah menjadikan segala sesuatu itu sia-sia ~

Thursday, December 16, 2010

CEMERLANG atau GAGAL adalah Pilihan Anda

CEMERLANG atau GAGAL adalah Pilihan Anda

            Semua orang impikan saat-saat kejayaan dan kecemerlangan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, 95% daripada pelajar-pelajar di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak cemerlang. Rata-rata mereka mengaku mereka adalah pelajar sederhana.
            Prestasi dan pencapaian anda pada masa akan datang ditentukan oleh tindakan anda pada hari ini, bukan dipengaruhi oleh kejayaan atau kegagalan anda pada masa lampau. Untuk menjadi Pelajar Cemerlang, kita perlu menukar pandangan, fikiran dan ideologi kita. Kita perlu yakin bahawa Allah menciptakan kita dalam sebaik-baik kejadian sepertimana firman-Nya, maksudnya :
     “ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” (Surah al-Tiin: 4)
Maksudnya Allah telah menjadikan manusia siap sedia untuk cemerlang, Cuma kita tidak berupaya untuk menyerlahkan kecemerlangan kita.
            Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa seperti anda yang datang dari keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa dan yang berada dimana-mana sahaja di atas muka bumi ini berusaha secara luar biasa.
Srategi dan Teknik Sebagai Alat Berkesan Capai Kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, kita mesti mempraktikkan kaedah, strategi dan teknik pembelajaran tertentu sehingga sebati dengan jiwa dan menjadi watak kita.
Memiliki Motivasi yang Tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan, kita hendaklah gambarkan kecemerlangan itu terlebih dahulu di dalam minda. Kawal tindakan dan rangsangan kendiri ( self-motivatian ) agar membentuk dorongan yang tinggi.
Memfokuskan Fikiran. Ketika belajar fikiran tidak boleh bercabang-cabang dengan masalah lain selain pembelajaran. Penempuan khas perlu diambil berat ketika menelaah pelajaran untuk menghasilkan pencapaian yang berkesan.
Menghadapi Kesusahan dengan Tabah. Dalam berhadapan dengan kesusahan, paksa diri anda bukan manjakan diri. Orang yang manjakan diri akan bertindak mengikut emosi semata-mata.Semua kerja yang susah akan ditinggalkan dan rela membuat kerja ringan yang bercorak hiburan sahaja.Adat alam menyatakan semua perkara memeang susah pada mulanya sebelum menjadi senang.
Merangsang minda.
·      Tulis dalam diari atau buku catatan perkara yang positif dan baik setiap hari.
·      Sentiasa merangsang orang lain untuk menjadi hebat.
·      Membaca buku motivasi.
·      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
·      Sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.

                                           Sumber : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah ( Solusi isu perdana )

No comments:

Post a Comment