“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Surah Al-Baqarah Ayat 216

~ Sesungguhnya Allah tidak pernah menjadikan segala sesuatu itu sia-sia ~

Thursday, December 16, 2010

~ Bingkisan hatiku buat mereka yang bernama Teman~


Ya Allah....
Tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah aku bersyukur atas kurniaanMU...
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku...
Kau jadikanlah sahabt aku ini sebagai teman seperjuanganku,
peniup semangat jihadku, saling memikul amanah dakwah agamaMu...
Kau jadikanlah ukhwah ini disema atas redhaMu...
teguhkanlah atas cinta kepadaMu...
Kau lindungilah kami daripada maksiat dan hal-hal yang melalaikan kami daripada mengingatiMu...
Ya Rabb...
bahagiakanlah hatiku dan hati seluruh sahabtaku dengan cinta kepadaMu....
peliharalah ukhwah kami sampai ke syurgaMu...
Allahumma Amiin.....

CEMERLANG atau GAGAL adalah Pilihan Anda

CEMERLANG atau GAGAL adalah Pilihan Anda

            Semua orang impikan saat-saat kejayaan dan kecemerlangan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, 95% daripada pelajar-pelajar di Malaysia mengaku bahawa mereka tidak cemerlang. Rata-rata mereka mengaku mereka adalah pelajar sederhana.
            Prestasi dan pencapaian anda pada masa akan datang ditentukan oleh tindakan anda pada hari ini, bukan dipengaruhi oleh kejayaan atau kegagalan anda pada masa lampau. Untuk menjadi Pelajar Cemerlang, kita perlu menukar pandangan, fikiran dan ideologi kita. Kita perlu yakin bahawa Allah menciptakan kita dalam sebaik-baik kejadian sepertimana firman-Nya, maksudnya :
     “ Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” (Surah al-Tiin: 4)
Maksudnya Allah telah menjadikan manusia siap sedia untuk cemerlang, Cuma kita tidak berupaya untuk menyerlahkan kecemerlangan kita.
            Kecemerlangan akan tercipta apabila manusia biasa seperti anda yang datang dari keluarga biasa, dengan kecerdasan biasa dan yang berada dimana-mana sahaja di atas muka bumi ini berusaha secara luar biasa.
Srategi dan Teknik Sebagai Alat Berkesan Capai Kecemerlangan. Untuk mencapai kecemerlangan, kita mesti mempraktikkan kaedah, strategi dan teknik pembelajaran tertentu sehingga sebati dengan jiwa dan menjadi watak kita.
Memiliki Motivasi yang Tinggi. Untuk mencapai kecemerlangan, kita hendaklah gambarkan kecemerlangan itu terlebih dahulu di dalam minda. Kawal tindakan dan rangsangan kendiri ( self-motivatian ) agar membentuk dorongan yang tinggi.
Memfokuskan Fikiran. Ketika belajar fikiran tidak boleh bercabang-cabang dengan masalah lain selain pembelajaran. Penempuan khas perlu diambil berat ketika menelaah pelajaran untuk menghasilkan pencapaian yang berkesan.
Menghadapi Kesusahan dengan Tabah. Dalam berhadapan dengan kesusahan, paksa diri anda bukan manjakan diri. Orang yang manjakan diri akan bertindak mengikut emosi semata-mata.Semua kerja yang susah akan ditinggalkan dan rela membuat kerja ringan yang bercorak hiburan sahaja.Adat alam menyatakan semua perkara memeang susah pada mulanya sebelum menjadi senang.
Merangsang minda.
·      Tulis dalam diari atau buku catatan perkara yang positif dan baik setiap hari.
·      Sentiasa merangsang orang lain untuk menjadi hebat.
·      Membaca buku motivasi.
·      Berkawan dengan orang yang berfikiran positif.
·      Sentiasa berdoa kepada yang Maha Esa.

                                           Sumber : Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah ( Solusi isu perdana )

Ujian adalah Kasih Sayang Allah

      Anak mataku merenung jauh melihat kehijauan sawah padi yang terbentang luas.Alhamdulillah meresap ketenangan dijiwa ini, biarpun sebenarnya banyak persoalam yang masih belum terungkai dibenak fikiranku.
Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu, diberi aku masalah namun dikurniakan alam yang tesergam indah serta bisa mendamaikan hati.
       Tiba-tiba aku teringat akan persoalan jiwa hamba-hamba Allah yang sering merintih pedih, kenapa seberat ini ujian yang harus aku  hadapi ? Mengapa sesuatu yang aku inginkan itu tidak dapat aku nimati ? Bagaimana harus aku menghadapi dugaan ini Ya Allah ? Kepada siapa harus aku berharap ? Apa yang akan aku perolehi daripada semua ini ? Bagaimana jika aku sudah lelah menghadapinya ? Ya Allah, kenapa semuanya harus aku ?
Wahai jiwa hamba sekalian, janganlah kita khuatir kerna Allah telah menjawabnya.
       Betapa kasihnya Allah kepada hambaNya terbukti dengan jawapan kepada semua persoalan. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " Hal itu membuktikan kita di uji kerana kita mampu menghadapinya, biarpun ujian itu sangat berat untuk digalas.
      " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal  ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " (Surah al-Baqarah ayat 216) Inilah jawapan yang Allah kirimkan bagi menenangkan hati hambaNya yang mahu mengerti mengapa kita sering tidak dapat menikmati sesuatu yang amat kita inginkan. Sebagai hamba kita harus redha kerna hanya Allah megetahui apa yang terbaik untuk hidup kita.
       Dalam usaha kita mencari jalan keluar daripada ujian itu, Allah telah memberitahu kita caranya dalam surah al-Baqarah ayat 45 yang bermaksud " Dan mintalah pertolongan ( kepada Allah ) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. " Allah telah menjelaskan kepada kta ujian itu harus dihadapi dengan sabar. Oleh itu wahai diri, jangan engkau banyak mengeluh.
       Kita terus mencari-cari pada siapa bisa kita bergantung harap, ternyata kita lupa bahawa Alla telah menjelaskan dalam firmanNya yang bermaksud " Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal " at-Taubah ayat 129. Jelas, pada setiap ujian itu Allah ada bersama kita bagi menghadapinya, terkadang kita tidak merasakan begitu, kenapa? Kerna kita tidak yakin! Yakinlah wahai diri, Allah ada bersamamu.
       Sesungguhnya setiap ujian yang harus dihadapi itu ada imbalannya kelak kerna Allah telah memberi khabar melalui firmanNya yang bermaksud " Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang - orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....." at-Taubah ayat 111. Ternyata setiap ujian Allah itu tidaklah sia-sia bahkan Allah telah menyediakan yang lebih baik buat hamba yang taat dan patuh kepadaNya.
       Andai jiwa hamba kita telah lelah dan tidak mampu lagi menghadapi mehnah itu, siramilah ia dengan firman Allah yang bermaksud ".....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir. " Yusuf ayat 12. Allah telah mengingatkan kta supaya tidak berputus asa dengan rahmatNya, pasti setiap ujian itu ada hikmahyang tersembunyi. Ayuh ! tabahlah hadapinya.
      Andai diri masih lagi mempersoalkan mengapa aku yang di uji? Pujuklah diri kita dengan firman Allah dalam surah al-Ankabut ayat 2-3, mafhumnya " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ; ' kami telah beriman ' sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " Ayat ini telah memberitahu kita bahawa tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi dia tidak diuji.Oleh itu, duhai hati yakinlah bahawa ujian itu adalh rahmat dan kasih sayang Allah bukanlah satu bebanan  buatmu.
 -- Ternyata Allah tidak pernah menjadikan segala sesuatu itu sia-sia -- 
__Wallahu'alam__